Sunday, April 03, 2005

XpDc Mount Benom 2005

29 April 05

9.00 pm
Lokasi Kedai Sup sebelah LRT Taman Melati. Menunggu peserta2 xPDc melaporkan diri.

Botak, Adelin, Pisha, Bett, Eppot, Kak Ina, Chipoi, Nieta, Nowa, Pogo, Budien, Din, Zul, Abah Reen, Ziezie, Teh, Apies, Lan dan Guide Epol

Turut serta hadir memberi sokongan Adek, Nina, Nije (suspected denggi), Chedin n Kinah serta anak2, Nazly, Abang Yus Ikan Bilis.

Bett mengedarkan T-Shirt yg di order .. Cun dan terlebih saiz

Transportation;
Abah Reen drive van bersama krew Apies, Budien n teh.
Eppot drive satria bersama krew Botak, Adelin n Chipoi.
Pisha drive Wira bersama krew Kak Ina, Bett
Pogo drive proton merah bersama krew Guide Epol, Nowa dan Nieta.
Din drive wira bersama krew Zul, Ziezie n Lan.

11.15 pm

Bertolak dari Tmn Melati.

01.00 am
Sampai di rumah abang Yan.
Guys tido kat surau, girls tido kat rumah abang Yan.

30 April 05

8.00 am
Breakfast donut dan nasi lemak beserta karipap.

8.45 am
Bertolak ke Lata Berembun menaiki 2 buah 4 WD.

Berembun waterfalls are located in Pahang on the slopes of Gunung Benom. For the last 2 km of the access road you need a 4WD or you must walk.

Dalam perjalanan ke sana, kami melalui kawasan pekan yg rata2 penduduknya menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam koko,

Botak “ dulu masa kecik-kecik kat kampong aku jemur koko mcm ni laaa….”

Bila start masuk trek off road .. pemandangan kiri kanan penoh dengan ladang kelapa sawit, diikuti dengan pokok-pokok getah kemudian tanaman pisang montel dilereng-lereng bukit.

Botak “ dulu masa aku kecik-kecik kat kampong aku tanam pokok pisang” moekekeke tak abes-abes ngan masa kecik2 dia...

bau diesel yang menusuk hidung membuatkan director Bett mabok2 dan Pisha mamai2.
Dalam setengah jam perjalanan Kak Ina bersuara “ Reen kat mana pajero terbalik? "

Abah Reen pon memberi isyarat tangan “ Kat depan tu ..”

Sampai di satu lopak mak aii dalam nyer cammana nak lepas nie. Tiba-tiba 4WD menggelongsor. Apalagi menjerit laa …. (don’t worry 4 wheel handled by pro’s)

9.45 am
Air terjun Lata Berembun menambat hati kami.
Setelah semuanya bersedia pendakian dimulakan.

Aksi stunt yang pertama adalah dari teh, tengah cross sungai boleh pulak dia tergolek nasib baik Chipoi jadik heroin sekejap dapat tangkap cover bag teh. Bravo ….

Aksi stunt lelaki pula dipegang oleh Din Baik….bloop bloopp…… tergolek jugak dalam air.

1.30 pm
Lunch kat trek sesat. Menu – nasi impit, roti n daging burger, tempe goreng (sumbangan Teh). Kali kedua sesat di trek.

Condition trek memang teruk. Pokok tumbang
sana
sini. Budien, Zul, Ziezie dan Din mengambil kontrak menebas pokok-pokok berduri. Nampak macam dah lama orang tak lalu trek nie. Bukit pulak panjang tak hengat.
3.40 pm

Sampai di last water point.

Kepenatan yang teramat sangat. Semuanya kelihatan gembira kerana sampai di last waterpoint. That means we are on the right track.

The weather so far is on our side. Semua mengeluarkan botol air masing-masing stok air untuk dua hari. Waterpoint kechik jer kat bawah batu.

5.15 pm
Mendaki ke kem Bulat.
Naik, naik dan naik lagi …..
Bebagai-bagai jenis lumut terdampar dikiri kanan trek. Looks like it is still untouched …

7.15 pm
Sampai di Kem Bulat ataupon lebih tepat sebenornya Puncak Bulat.
Hajat untuk sampai di kem Bulat sebelum matahari terbenam tercapai.

Dialog 15 min sebelum kem Bulat,
Adelin “ Budien Maghrib pukul berapa? (alasan nak take 5) ”
Budien “ Depan tu kiter berenti ek? ”

Tapi tak berenti gak ..

Makan malam, Menu – Nasi putih, sup soon, ayam masak merah, ikan masin bulus ayam, sambal cencalok. Tonite’s Chef adalah gabungan KHG n MDC Botak dan Puan Rosnita. Memasak sambil layan AIM melalui radio yang Nowa bawak.

1 April 05

8.30 am


Breakfast, today’s menu nasi goreng Kem Bulat prepared by Nieta and Chipoi.

10.00 am
Mula Mendaki ke puncak
Layan view batu-batu, pokok atas batu dan batu dan batu lagik. Nampak tapak kaki harimau kumbang.
Berjalan diatas akar-akar pokok, kiri kanan gaung.

2 jam sebelum sampai puncak:

Terdengar suara-suara gumbira kepangokkan sambil menyanyi tiba-tiba ..
“Tolong senyap boleh tak!!!” Budien tensi kepangokkan menebas trek …
“Wei .. senyap wei .. Budien penat tu” Kak Ina

15 minit sebelum sampai puncak:

Chipoi “ Bila nak sampai nie Kak Ina? “
Kak Ina “ Lepas batu besar nie sampai la”
(Berapa banyak batu da … )

Along the way to the top ader la dalam 20 something batu-batu besar kiri kanan.

Guide Epol take over Budien yang dah penat menebas duri2. Baru la dengar suara Epol dari jauh sayup-sayup menyanyi … “Perjalanan ini terasa amat menyedihkan ……”


3.15 pm

Kemuncak Gunung Benom

Pembubaran Kelab Jiwa Luka. Abah Reen dengan tersenyum simpul akhirnya dapat memenuhi impiannya untuk menawan Gunung Benum setelah dua kali kecewa. View tak nampak aper sangat sebab berkabus.

Campsite di puncak nampaknya lagi besar dari Kem Bulat, punca air tiada. Hanya terdapat botol-botol air yg dikerat untuk menadah air hujan. Bett dan Pogo amik kesempatan untuk membuang tohi di puncak Benom.

Sessi bergambar. (bukan senang nak naik . rugi kalau tak bergambo)

4.20 pm
Balik ke Kem Bulat.

6.20 pm
Sampai di Kem Bulat. Orang last sampai

7.15 pm
Dinner
menu – Nasi putih, masak lemak ikan masin campur nenas, papadom, ikan bilis goreng bawang.

Tengah prepare dinner tiba2 hujan turun. Tapi tak lebat sangat and sekejap2 sekejap jer. Di saat ini lah Nieta (makcik kantin) mendapat idea untuk mencipta gore-tex baru material plastic sampah.

Rumah urut dibuka. Masing-masing sibuk merawat luka-luka, terseliuh, terkehel dan lain-lain. Lan (Stokis Makjun) sibuk mempromosikan produk nyer.

2 April 05

8.30 am
Bangun…bangun…bangun

Breakfast
Today’s Chef is Budien, Menu – Nasi Lemak [nyum…..nyum (sound effect engineer Pisha)]

10.20am
Turun ke last waterpoint

11.15 pm
Last waterpoint (take 5)

12.55 pm
Sampai di sungai berbatu. Nowa sibuk mengunakan skillnye mengambil gambar. Lunch maggie jer …. Tukang masak dah penat …

2.30 pm
bertolak ke Lata Berembun

3.15 pm
sampai di Lata Berembun
Masing-masing sibuk membersihkan diri, mandi-manda setelah 2 hari tak mandi. Botak menunjukkan skillnya terjun tiruk.

5.00 pm
4WD sampai.

6.15 pm
bertolak ke Kg Lembah Klau. Sebelum bertolak balik, Bett pulak kecoh beg duit dia ilang…..puas dicari-cari rupa-rupanya kat dlm periuk…apa la Bett ni..kalut sungguh.tu la asik sebut peghoyok jer…sampai letak beg duit pon dalam peghoyok (periuk dalam loghat perak)

7.30 pm
bertolak balik ke KL ..

8.00 pm
Dinner di Bentong

11.00 pm
Sampai di Taman Melati.

Tamat sudah satu perjalanan.

Kepulangan kami disambut oleh Padel aka Jambu Botak,Amoi, Lipan beserta anaknye Danish … ye ye mama balik ……… hehehhehehe


Sila dapatkan VCD XpDC Mount Benom daripada Teh Fartonah (penjual cd pirate) sementara stock masih ada ...



0 Comments:

Post a Comment

<< Home